Pengenalan
Lobak merah merupakan sejenis tumbuhan berubi. Namun begitu ia dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan merupakan spesis D.Carota serta dikelaskan sebagai Magnoliopsida.
Selain dijadikan bahan makanan, lobak merah juga berfungsi untuk tujuan perubatan. Menurut herbalis Nichiolas Culpepper di dalam bukunya The Complete Herbal, lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing, memecahkan batu karang dan daunnya dihancurkan dengan madu boleh merawat luka.
Lobak merah yang biasa kita beli berwarna jingga yang terang dan kulitnya lembut serta mudah dikupas. Pun begitu, terdapat pelbagai jenis lobak merah dengan warna, rasa dan saiz yang berbeza.
Umpamanya lobak merah Dwarf yang mempunyai saiz yang kecil dan lembut isinya. Manakala lobak merah Chantenay mempunyai rasa yang manis. Lobak merah kecil atau dikenali sebagai baby carrot pula bersaiz sebesar jari manusia dan rasanya lembut dan manis.
Walaupun begitu, terdapat juga lobak merah yang berwarna ungu, putih, kuning dan merah. Ia hanya popular di negara barat sahaja.
Khasiat Lobak Merah
Lobak merah sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
Lobak merah sangat terkenal dengan sifat anti kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan Lobak merah setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam karot mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
Kajian juga mendapati Lobak merah yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita.
Lignin yang ditemui dalam Lobak merah juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.
Lobak merah juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi.
Lobak merah adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus Lobak merah untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita.
No comments:
Post a Comment