Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya,
anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus
air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh
anda.
Timun dapat melawan suhu panas
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan
tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran
matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh
anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.
Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai
‘penyapu virtual’, yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat
dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat
melarutkan batu karang.
Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang
diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, Bdan C yang menggalakkan
sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih
jus minuman lebih ‘berkuasa’ dengan mencampur timun, lobak merah dan daun
bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen
vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.
Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium,
Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan
oleh kebanyakan pusat Spa.
Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang
rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program
menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup
timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda
dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara
pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang
anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah
satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat
yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan
seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.
Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun
bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita
dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu
mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti
radang yang terdapat pada timun.
Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi
secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian
semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu
mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara
dan kanser prostat.
Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal
tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh
sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis.
Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar ‘sterol’
pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan
serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk
menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat
tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.
Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat
menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan
Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan
rambut.
Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil
beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda
menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh
bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.
Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling
hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu
penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan
kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.
Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau
ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah
memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula
dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun
mabuk.
Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda
sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan
baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment